Posts

Showing posts from June, 2021

Refleksi diri oleh Muhammad Faiz

Image
    Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Muhammad Faiz bin Ch Ab Ghani, pelajar tahun 2 kejuruteraan mekanikal dari Universiti Malaya. Baru-baru ini, saya dan kawan-kawan saya telah mengadakan program E-Smart Tutor kerana pada semester ini kami telah mengambil subjek Jalinan Masyarakat GIG1005. Kami bersepakat untuk membuat program ini kerana, terdetik dalam diri kami untuk mendidik anak bangsa agar pemahaman mereka dalam subjek yang diajar oleh kami seperti fizik, matematik tambahan, dan matematik lebih kukuh. Pada permulaan program ini, saya merasakan amat teruja kerana diberi peluang untuk mengajar pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Batu Rakit. Walaupun penyertaan pelajar agak sedikit kerana jumlah pelajar yang mengambil aliran sains tulen sebanyak 15 orang, penat lelah saya hilang kerana berasa puas dapat berkongsi sedikit ilmu yang telah saya belajar ketika zaman saya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia suatu ketika dulu. ...

Refleksi diri oleh Abdul Syukur bin Maarudin

Assalamualaikum. Nama saya Abdul Syukur bin Maarudin. Pada pendapat saya, kursus jalinan masyarakat adalah satu inisiatif yang amat berguna untuk saya kerana saya dapat berhubung dengan sesebuah masyarakat. Program E-Smart Tutor yang kami jalankan selama 5 minggu telah memberi saya peluang untuk meningkatkan potensi saya bukan sahaja sebagai seorang pelajar, namun saya juga dapat menambahkan pengalaman saya untuk menjadi seorang yang berbakti kepada masyarakat sekeliling. Pada mulanya program yang kami jalankan, sejujurnya saya berasa sedikit kecewa kerana tidak mendapat sambutan yang tinggi dan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti program kami kurang memberi sumbangan dari segi respons yang sedikit. Ini mungkin juga kerana kami mempunyai kurang pengalaman dalam mengadakan program seperti ini dan juga ia diadakan secara atas talian. Namun begitu, bermula pada minggu-minggu seterusnya, saya mula berasa gembira kerana ramai pelajar yang menyertai program tutor kami dan mereka mula memberik...

Refleksi Jalinan Masyarakat oleh Muhammad Harith Adam bin Rosdi

     Pada pendapat saya, projek Jalinan Masyarakat ini merupakan satu insentif yang sangat bagus kepada pelajar-pelajar universiti untuk mendekatkan diri dengan pihak komuniti luar. Pada awal sebelum bermulanya tugasan kami untuk mengajar pelajar sekolah, saya berasa bersemangat untuk menjayakan program ini kerana dapat bertemu dengan pelajar-pelajar sekolah (walaupun secara online) di mana dahulunya saya juga berada di tempat mereka. Kami berenam sebagai tutor telah menyediakan banyak soalan untuk mengajar mereka serta menjawab soalan tersebut bersama-sama. Pada awalnya, saya berasa projek ini akan mengganggu waktu belajar saya pada hujung minggu kerana setiap minggu selama 5 minggu saya dan rakan-rakan seperjuangan perlu mengajar mereka. Saya berasa pada waktu itu adalah lebih baik saya menyiapkan tugasan universiti yang belum buat atau mengulang kaji pelajaran untuk ujian akan datang.      Ketika proses pembelajaran, saya dapat melihat rakan-rakan juga t...

Refleksi diri dalam mengendalikan E-smart tutor oleh Ahmad Najmuddin

Assalamualaikum, nama saya Ahmad Najmuddin dan ingin berkongsi pengalaman semasa menjalani khursus Jalinan Masyarakat sebagai pengajar tutur bersama dengan pelajar tingkatan 5.Khursus dalam talian adalah projek yang sangat berguna bagi saya, kerana saya dapat berhubung dengan komuniti. Program E-Smart Tutor yang kami jalankan selama 5 minggu memberi saya peluang bukan sahaja untuk meningkatkan potensi saya sebagai pelajar, tetapi juga untuk meningkatkan pengalaman saya dan menjadi orang yang komited kepada masyarakat sekitar. Pada awal program yang kami jalankan, saya jujur ​​sedikit kecewa kerana tidak mendapat sambutan yang tinggi, dan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti program kami kurang memberi sumbangan dari segi sambutan. Ini mungkin kerana kami kurang berpengalaman dalam mengadakan rancangan seperti itu, dan ia dihoskan secara dalam talian. Walaupun begitu, bermula dari beberapa minggu ke depan, saya mulai gembira kerana begitu banyak pelajar dapat mengikuti program mentor kami...

Refleksi Diri oleh Nur Hairil

Dengan menjayakan projek ini begitu banyak pengalaman yang telah saya perolehi, pengalaman ini akan saya gunakan pada masa akan datang jika mempunyai peluang. Namun yang paling utama ialah, saya memperoleh semula keyakinan diri ini. Hal ini kerana, walaupun saya telah berjaya ke menara gading, namun saya sentiasa memandang rendah terhadap diri sendiri sehingga saya tidak pernh berani mencebur kan diri untuk menjadi cikgu tutor kerana saya tidak percaya pada diri saya. Sedikit sebanyak projek ini telah memberi saya pengajaran bahawa betapa penting nya memahami sesuatu subjek itu dan juga betapa pentingnya tunjuk ajar dari seseorang yang lebih mahir dalam sesuatu perkara itu.

Refleksi Jalinan Masyakarakat Oleh W Muhd Faisyal

 Pada pendapar saya tentang Jalinan Masyarakat ialah ia merupakan satu projek yang sangat membantu pelajar-pelajar universiti. Pada mulanya saya berasa sangat takut kerana tidak pernah melakukan apa-apa acara yang melibatkan dengan komuniti luar. Pada awal-awal lecturer sedang memberi taklimat tentang projek ini, saya berasa kurang berminat dan kalau boleh ingin meninggalkan subjek ini. Saya ditugaskan sebagai ketua projek ini daripada rakan-rakan saya yang lain dan ini menjadikan saya lebih berasa kurang selesa dengan projek ini. Kami sekumpulan bercadang ingin mengadakan kelas tutor secara percuma di atas talian. Pelbagai rancangan yang dilakukan dan ini telah memberikan sedikit sebanyak keyakinan kepada diri saya dalam menyatakan pendapat. Maklumlah saya tidak pernah mengetuai mana-mana projek yang melibatkan kerja kumpulan. Tugas saya ialah membentuk Google Classroom bagi menjadikan ia satu platform untuk memberikan bahan-bahan pembelajaran kepada pelajar. Kami juga telah melak...