Refleksi diri oleh Muhammad Faiz

 

  Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Muhammad Faiz bin Ch Ab Ghani, pelajar tahun 2 kejuruteraan mekanikal dari Universiti Malaya. Baru-baru ini, saya dan kawan-kawan saya telah mengadakan program E-Smart Tutor kerana pada semester ini kami telah mengambil subjek Jalinan Masyarakat GIG1005. Kami bersepakat untuk membuat program ini kerana, terdetik dalam diri kami untuk mendidik anak bangsa agar pemahaman mereka dalam subjek yang diajar oleh kami seperti fizik, matematik tambahan, dan matematik lebih kukuh. Pada permulaan program ini, saya merasakan amat teruja kerana diberi peluang untuk mengajar pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Batu Rakit. Walaupun penyertaan pelajar agak sedikit kerana jumlah pelajar yang mengambil aliran sains tulen sebanyak 15 orang, penat lelah saya hilang kerana berasa puas dapat berkongsi sedikit ilmu yang telah saya belajar ketika zaman saya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia suatu ketika dulu.

 

    Dengan sokongan rakan-rakan saya, saya terus bersemangat dalam mengajar para pelajar ini walaupun terdapat banyak tugasan-tugasan dari subjek teras yang diambil oleh saya perlu disiapkan dalam masa terdekat. Para pelajar yang menyertai program ini juga memberi kerjasama yang amat baik di sebalik saya tidak dapat bersemuka secara fizikal dengan mereka. Mereka juga selalu menghargai masa, kerana mereka selalu mencuba untuk menghadiri tutor ini seawal mungkin disebalik kekurangan yang mereka miliki. Ada diantara mereka menyertai program ini dengan menggunakan telefon pintar. Walaupun saya dan kawan-kawan menggunakan aplikasi Jamboard pada akhir sesi setiap kelas tutor, menggunakan telefon bukan salah satu peralatan yang ideal kerana mereka perlu menulis di atas Jamboard tersebut. Namun, mereka juga mencuba untuk melibatkan diri mereka seperti membuat soalan lalu menghantar ke dalam kumpulan Whatsapp. Saya merasakan cara pelajar guna ini adalah sangat kreatif disebalik segala halangan yang mereka hadapi bagi menyertai program ini.

 

    Di samping itu, pada akhir-akhir program, saya amat terkejut dan teruja pada masa yang sama kerana program ini disertai oleh pelajar SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara dan SMK Puchong Utama 1. Pada mulanya, saya berasa sedikit gugup kerana mengajar pelajar dalam kumpulan besar bukanlah satu tugas yang mudah, namun saya mengambil ini sebagai satu cabaran bagi diri saya dimana apa salahnya berada dalam zon diluar keselesaan sekali sekala. Saya telah mendapat pengalaman yang cukup berharga dalam mengajar selain dapat mengasahkan lagi skill komunikasi saya yang bakal digunakan kelak ketika berada di alam pekerjaan kelak. Selain itu, saya juga dapat belajar laman sesawang ilearnace dimana laman sesawang ini amat berguna kepada para pelajar dan juga guru untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran pada musim Covid-19 ini dimana proses tersebut dijalankan diatas talian.

Tangkapan layar dimana saya dan kawan-kawan saya perlu mengajar

3 buah sekolah sekaligus 

    Akhir sekali, saya berharap agar program seperti ini dapat diperluaskan lagi kepada para pelajar terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat wabak Covid-19 ini. Saya juga sudi untuk menawarkan diri saya untuk menjadi tenaga pengajar dalam mendidik anak bangsa yang bakal mentadbir negara pada suatu nanti. Saya juga berharap kepada saudara/saudari yang membaca tulisan saya ini, agar menyertai saya kerana menyampaikan dan berkongsi ilmu tidak merugikan kita, malah jika tidak berbuat sedemikian, maka rugilah kerana bak kata peribahasa melayu "apa gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar".

 

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Jalinan Masyarakat oleh Muhammad Harith Adam bin Rosdi