Refleksi diri dalam mengendalikan E-smart tutor oleh Ahmad Najmuddin
Assalamualaikum, nama saya Ahmad Najmuddin
dan ingin berkongsi pengalaman semasa menjalani khursus Jalinan Masyarakat
sebagai pengajar tutur bersama dengan pelajar tingkatan 5.Khursus dalam talian
adalah projek yang sangat berguna bagi saya, kerana saya dapat berhubung dengan
komuniti. Program E-Smart Tutor yang kami jalankan selama 5 minggu memberi saya
peluang bukan sahaja untuk meningkatkan potensi saya sebagai pelajar, tetapi
juga untuk meningkatkan pengalaman saya dan menjadi orang yang komited kepada
masyarakat sekitar. Pada awal program yang kami jalankan, saya jujur sedikit
kecewa kerana tidak mendapat sambutan yang tinggi, dan pelajar Tingkatan 5 yang
mengikuti program kami kurang memberi sumbangan dari segi sambutan. Ini mungkin
kerana kami kurang berpengalaman dalam mengadakan rancangan seperti itu, dan ia
dihoskan secara dalam talian. Walaupun begitu, bermula dari beberapa minggu ke
depan, saya mulai gembira kerana begitu banyak pelajar dapat mengikuti program
mentor kami, dan mereka mula memberi perhatian dan respons yang baik.Pengalaman
saya dalam program E-smart Tutor dapat mempelajari kemahiran komunikasi dalam
mengajar pelajar.Justeru itu, dengan mengajar ini juga dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan kepada saya tentang asas dalam satu satu silibus dalam Matematik
dan Sains. Kesimpulannya, dengan adanya program ini juga dapat membantu
pelajar pelajar yang kurang berkemampuan
dalam mempelajari sesuatu subjek yang kurang difahami untuk persiapan dalam
menghadapi SPM di dalam pandemik COVID-19. Saya juga ingin berterima kasih
kepada rakan-rakan saya yang menjalankan program bersama dengan lancar.
Comments
Post a Comment