Refleksi Jalinan Masyakarakat Oleh W Muhd Faisyal
Pada pendapar saya tentang Jalinan Masyarakat ialah ia merupakan satu projek yang sangat membantu pelajar-pelajar universiti. Pada mulanya saya berasa sangat takut kerana tidak pernah melakukan apa-apa acara yang melibatkan dengan komuniti luar. Pada awal-awal lecturer sedang memberi taklimat tentang projek ini, saya berasa kurang berminat dan kalau boleh ingin meninggalkan subjek ini. Saya ditugaskan sebagai ketua projek ini daripada rakan-rakan saya yang lain dan ini menjadikan saya lebih berasa kurang selesa dengan projek ini. Kami sekumpulan bercadang ingin mengadakan kelas tutor secara percuma di atas talian. Pelbagai rancangan yang dilakukan dan ini telah memberikan sedikit sebanyak keyakinan kepada diri saya dalam menyatakan pendapat. Maklumlah saya tidak pernah mengetuai mana-mana projek yang melibatkan kerja kumpulan. Tugas saya ialah membentuk Google Classroom bagi menjadikan ia satu platform untuk memberikan bahan-bahan pembelajaran kepada pelajar. Kami juga telah melakukan perbincangan bagi pembentukan jadual. Hal ini dapat melatih diri saya juga untuk membina jadual sama ada untuk pembelajaran atau semasa kerja nanti.
Setelah selesai melakukan perancangan kami, kami telah bersedia untuk memulakan kelas tutor ini. Pada mulanya sara merasakan kehadiran pelajar sangat kurang memuaskan. Hal ini kerana isu pelajar sekarang susah untuk berkomunikasi atas pelbagai faktor seperti masalah internet. Kami memulakan kelas tutor dengan melakukan proses pengajaran dengan menjawab soalan. Selain itu, saya sebagai seorang ketua perlu menghubungi supervisor kami iaitu Dr Norhafizan bagi memantau kami sepanjang aktiviti ini. Pelbagai bantuan dan dorongan telah diberikan bagi menjayakan aktiviti ini. Saya menerima satu permintaan daripada supervisor iaitu Dr Norhafizan ingin memeriahkan lagi aktiviti ini. Jadi beliau telah mengedarkan poster tentang kelas tutor kami di sekolah lain. Saya berasa sangat berpuas hati apabila berada di minggu terakhir, terdapat ramai pelajar yang hadir di kelas kami dan secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi suasana kelas ini. Dr Norhafizan menggalakkan kumpulan kami untuk menggunakan aplikasi Jamboard yand sudah tersedia di Google Meet. Ianya bukan sahaja dapat membuka mata pelajar lain tentang aplikasi ini, malah ia juga memberikan satu idea kepada saya untuk melakukan ulangkaji pelajaraj secara berkumpulan di atas talian.
Akhir sekali, setelah tamatnya kelas tutor ini yang dilangsungkan selama 5 minggu, perasaan takut saya ketika hari pertama sudah hilang. Saya juga dapat merasakan yang projek ini dapat meningkatkan keyakinan saya ketika bercakap dengan orang ramai. Sekarang ini saya berasa lebih mudah untuk berinteraksi dengan komuniti luar. Saya berharap yang projek seperti dapat saya bertemu lagi pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment