Refleksi diri oleh Muhammad Faiz

Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Muhammad Faiz bin Ch Ab Ghani, pelajar tahun 2 kejuruteraan mekanikal dari Universiti Malaya. Baru-baru ini, saya dan kawan-kawan saya telah mengadakan program E-Smart Tutor kerana pada semester ini kami telah mengambil subjek Jalinan Masyarakat GIG1005. Kami bersepakat untuk membuat program ini kerana, terdetik dalam diri kami untuk mendidik anak bangsa agar pemahaman mereka dalam subjek yang diajar oleh kami seperti fizik, matematik tambahan, dan matematik lebih kukuh. Pada permulaan program ini, saya merasakan amat teruja kerana diberi peluang untuk mengajar pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Batu Rakit. Walaupun penyertaan pelajar agak sedikit kerana jumlah pelajar yang mengambil aliran sains tulen sebanyak 15 orang, penat lelah saya hilang kerana berasa puas dapat berkongsi sedikit ilmu yang telah saya belajar ketika zaman saya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia suatu ketika dulu. ...